Tuesday, May 15, 2012

Sakit tapi redha.

Tittle sempena Al Kulliyah jumaat
lepas. Sesuai dengan keadaan diri ini.
Banyak input yang di perolehi mengajar
untuk lebih kuat menjalani liku
liku kehidupan yang mendatang.
Menyedari diri ini sudah tidak lagi normal
seperti yang lain, memang sedikit tertekan.
Terima kasih mak, ayah, keluarga terdekat, 
my beloved, bakal keluarga mentua dan 
teman karib yang tak henti henti support then terima diri
ini seadanya. Qada' dan Qadar dah tertulis
sesampai masa aku akan menjadi milik
si suami dengan keadaan begini.
Mesin MRI
Result MRI ;
1)Avulsion fracture of posterior tibial plateau with complete tear of right PCL 
2)Intrasubstance injury of right ACL 
3)Lipohaemarthorosis


Doktor dah sahkan lutut sebelah kanan
mengalami kecederaan yang agak parah 
kerana urat di bahagian belakang lutut 
dah putus dan tulang juga patah.
Perlu menjalani pembedahan tetapi atas perbincangan
dan kata sepakat keluarga kami tolak. Dan aku sendiri tak sanggup, 
jadi cara lain adalah dengan boh simen tapi 50 50 laaa.
Dengan izin Allah, berkat doa diri, ibu bapa dan kalian 
yang membaca InsyaALLAH akan sembuh.
Tapi lepas ini dah tak boleh banyak berdiri, berlari
dan melakukan aktiviti lasak terutama bersukan. :(
Sebak dada bila dengar keterangan doktor,
memandang wajah ibu, dan si dia yang berada di sisi ketika itu
memberi aku kekuatan untuk tempuhi ujian ini. 
Andai ini takdirnya, kerna tiap yang terjadi ada hikmahnya..
AMIN.

0 sok seh sok seh: