Sunday, April 29, 2012

Super super Woman

Pengalaman pertama setelah berusia 23 tahun
bergelar 'superman' tak berapa
nak berjaya di jalan raya.
Alhamdulillah segalanya selamat
dan keadaan kembali stabil balik. :)
Dagu yang menerima banyak jahitan,
lutut kiri luka, dan lutut kanan cedera 
agak teruk sebab masih dalam
pengawasan dokter untuk pastikan
tiada bahagian yang retak dan patah.
Terima kasih ya Allah kerana
 melindungi hambamu ini.

Tak lupa juga kepada pasangan yang membantu
sampai ke Hospital Pantai Mutiara.
Sedikit kelegaan bila nampak
wajah sang pengarang jantung
tiba secepatnya.
Di ikuti dengan ayah, mak, 
abang dan kakak.
Seterusnya menanti ambulans dari
Hospital Lam Wah Eee untuk
rawatan selanjutnya kerana
di situlah panel company.

Uissshh ! Tak leh nak gambarkan
kesakitan yang dirasa.
Tambah ketika operasi
menjahit dagu yang hampir 
1.5 inci cedera tuu.
Pastu kena naek wellchair jaa. ;(
Aku pasrah dengan setiap yang terjadi.
Terima kasih pada keluarga
dan bakal keluarga mentua
atas sokongan, semangat dan keprihatinan.

Tinggal dalam sebulan lebih sahaja
lagi aku akan menamatkan
zaman bujang.
Semoga sentiasa di lindungiNYA.
Nak pakai heel  ! Plss plss.







Chin :)
Lutut yang berbalut :(

Lokasi check in ; Anip cakap !



Ubat oh ubat.

Tuesday, April 17, 2012

Sluurrpp !


Cutiku di penuhi dengan 
aktiviti berfaedah. :)
Jalan jalan tengok wayang
dan cari makan !
Movie yang boleh
tahan laa, Battleship tapi
agak tidak tahan sound effect
kuat wooo.
Stress jugak laa tambah
dok area tepi kan.

Mesti cuba minum ini
aiq ! Ape nama ntah,
something yang ada perkataan
delight. Sedap sangat sangat laa,
cukup rasa buah buah fav.
Kedainya dekat 
Queensbay Mall
level atas sekali sebelah Bangkok Station.



Sunday, April 15, 2012

long.


yes ! Buat pertama
kalinya sepanjang ini. ;)
Bertahan bertahan bertahan !


Thursday, April 12, 2012

hari hari dan hari.

Terasa macam dah lama tak update
blog. Hari hari yang di lalui agak sibuk.
2 minggu lepas sibuk jaga
anakku bukan anakku.
Penangan jaga anak memang dasyat
sampai termamai mamai laa aku.
Betul cakap owang tua tua
bila dah ada anak malam
yang nyenyak dah tak daa.
Pukoi 2 pagi nak susu, pastu koi 5 pagi lak.
Bangun dah pukoi 7, mak aii memey ponat !
Tapi semua tuh dilalui dengan
senyuman sebab practise make perfect.
Bila si anak dah balik KL memang
rindu sangat sangat !
Hari hari kena web cam. :)
Kelmarin pulak bermulalah
semula agenda utama uruskan hal hal perkahwinan.
Dah alang alang public holiday jadi
settlekan mana yang penting.
Semoga hari hari mendatang sentiasa
di berkati ALLAH swt, segala urusan
di permudahkanNYA. Amin...